Social Icons

Selasa, 31 Mac 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR SEMPENA PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG DI SEKOLAH 2015

 ALHAMDULILLAH... sekali lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSM dengan bantuan guru-guru telah berjaya merealisasikan Amalan Guru Penyayang di sekolah bagi meraikan murid-murid dan guru-guru yang lahir pada bulan Januari hingga April....

Peristiwa yang  julung kali diadakan di sekolah amat memberi makna kepada semua warga sekolah dan akan menjadi program sepanjang tahun 2015. Di SK Seri Mutiara, sambutan akan dilaksanakan setiap 4 bulan sekali

Semoga murid-murid akan lebih bermotivasi untuk ke sekolah dengan adanya environment yang mesra dan penyayang ini.  







Senarai nama murid yang menyambut hari jadi Jan-April


Isnin, 30 Mac 2015

KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP)

KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 NEGERI PERAK 2015

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan kursus di atas kepada Ketua Panitia atau guru mata pelajaran yang akan mengajar Tahun 6 pada tahun 2016 di sekolah rendah.


2. Setiap guru yang hadir mestilah membawa salinan DSKP mata pelajaran berkenaan yang boleh dimuat turun di ruangan "Attachments"

Attachments:
Download this file (DSKP Matematik Tahun 6 SJKC.pdf)DSKP Matematik Tahun 6 SJKC.pdf[ ]901 kB
Download this file (DSKP Matematik Tahun 6 SJKT.pdf)DSKP Matematik Tahun 6 SJKT.pdf[ ]2763 kB
Download this file (DSKP Matematik Tahun 6 SK.pdf)DSKP Matematik Tahun 6 SK.pdf[ ]2931 kB
Download this file (DSKP Pend Muzik Tahun 6.pdf)DSKP Pend Muzik Tahun 6.pdf[ ]1187 kB
Download this file (DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf)DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf[ ]534 kB
Download this file (DSKP PSV Tahun 6.pdf)DSKP PSV Tahun 6.pdf[ ]869 kB
Download this file (DSKP Sains Tahun 6.pdf)DSKP Sains Tahun 6.pdf[ ]1325 kB
Download this file (DSKP Sejarah Tahun 6.pdf)DSKP Sejarah Tahun 6.pdf[ ]913 kB
Download this file (DSKP TMK Tahun 6.pdf)DSKP TMK Tahun 6.pdf[ ]818 kB
Download this file (ipgm maklum dskp kssr 2015.pdf)ipgm maklum dskp kssr 2015.pdf[ ]168 kB
Download this file (surat kssr t6 jpn perak.pdf)surat kssr t6 jpn perak.pdf[ ]531 kB

Rabu, 25 Mac 2015

Program Permata Pintar


UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negarahttp://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)
Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman webhttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates