Social Icons

Isnin, 18 Mei 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Pada hari Isnin,18 Mei 2015 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru di Dewan Permata Sekolah.Tema hari Guru pada tahun ini ialah  "MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Permata  pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah iaitu Zaim b. Mohamad.Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,serta mendoakan mereka. Seterusnya majlis. Diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar.  Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Syahrul Amri.
Pada tahun ini juga pihak sekolah menerima kunjungan muhibbah daripada Syarikat Proton yang berbesar hati menyambut hari guru bersama warga sekolah. Pihak Proton telah menyumbangkan cenderahati kepada semua warga pendidik SK Seri Mutiara.Ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis Hari Guru Pada tahun ini.

album penuh>>>>Klik Disini<<<<<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates