Social Icons

Isnin, 4 Mei 2015

Kejohanan Balapan Dan Padang SKSM 2015



Pada 26 April 2015, Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-11. Kejohanan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.


Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian tengah padang

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Kehadiran Dato' Saharudin bin Abd Jabar, Yang dipertua Majis Bekas Wakil Rakyat Negeri Perak pada 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Shahudin B, Awang serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Dato' Saharudin bin Abd Jabar menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. 

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-11 ini ialah pasukan Rumah Hijau. Kejohanan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin


>>>>>>Album penuh sila Klik disini..<<<<<<


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates