Social Icons

Jumaat, 21 November 2014

Majlis Anugerah Gemilang kali ke-11 SKSM 2014

   Pada hari Khamis, 20 November 2014, Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara, Ipoh perak telah melangsungkan Majlis Anugerah Gemilang Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8:00 pagi dengan kehadiranpara ibu bapa yang turut meraikan majlis.  
                   Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan korikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.   
         Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengerusi dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan  
Seri Mutiara. Tepat pada pukul 9:30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Mantan Guru Cemerlang Matematik PPD Kinta Utara , Pn. Hafizah Bt. Hj Mokhtar. Dalam upacara tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.  
          Beberapa persembahan oleh murid-murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antaranya  persembahan yang menarik ialah persembahan Nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah dan tarian Penguin dari murid pendidikan Khas. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.          
          Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kapada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.   
         Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali . Para jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir . Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.  


Isnin, 10 November 2014

Perkhemahan Unit Uniform 2014

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah ice-breaking,mendaki bukit,memasak dalam buluh dan menggunakan tanah liat,membina gajet serta membuat cenderahati menggunakan barangan terpakai seperti surat khabar dan majalah. Semua aktiviti yang diadakan telah menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.
Antara objektif utama perkhemahan unit beruniform diadakan adalah untuk melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan.Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif perkehamahan ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan menjadi aktiviti tahunan dan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri.
Komitmen para guru amatlah tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru yang sudi berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah.Majlis penutup telah dirasmikan oleh PK Koku Pn. Fadzilah Bt. Zulkafli.

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali ke-10



Pada 18 Oktober 2014,Sabtu Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah Khemah. Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan (Pengarah Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta) yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Shahudin bin Awang serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Kejohanan Balapan dan Padang ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua Guru dan murid bergotong royong mengemas dan membersih semula kawasan pertandingan sukan.


Ahad, 9 November 2014

Klinik KEM 1M1S

5 Oktober 2014, Rabu 

Pada 5 Oktober yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat sekolah. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam tahun kebelakangan ini. Justeru penganjuran kem ini di sekolah, memang sangat-sangat dialu-alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.Terdapat 5 jenis permaianan yang diadakan klinik pada hari tersebut iaitu, Ragbi, Sofbol, Futsall, Gimnastik dan senamrobik.


Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates