Social Icons

Isnin, 10 November 2014

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali ke-10



Pada 18 Oktober 2014,Sabtu Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah Khemah. Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan (Pengarah Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta) yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Shahudin bin Awang serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Kejohanan Balapan dan Padang ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua Guru dan murid bergotong royong mengemas dan membersih semula kawasan pertandingan sukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates