Social Icons

Ahad, 24 Februari 2013

Ku Gapai Bintang....




Ceramah motivasi disampaikan oleh
EN. ABDUL RAHIM B. HJ ABDULLAH AZIZI
(PENYELIA PENGURUSAN GURU SEK. REN. JPN)

Isnin, 18 Februari 2013

Perkhemahan Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS)


Perkhemahan Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah  (tKRS) Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara
Tarikh: 15-17 februari 2013
Tempat: Pusat Kajian Luar, IPGM Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak.

Seramai 8 orang murid SKSM telah dianugerahkan pangkat Koperal tKRS setelah mengikuti perkhemahan selama 3 hari. Antara ujian yang dijalankan untuk melayakkan mendapat pangkat koperal tKRS adalah jenis Ikatan tali, Kraf Perkhemahan, Kawad kaki dan Ujian bertulis berkenaan tKRS. Diharapkan murid yang telah mendapat pengkat Koperal ini dapat membantu dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan tKRS SKSM.

Dari kiri, Muhammad Haris Adril B. Shamsol AmriIskandar Dzulkarnain B. Zulhairi, Muhammad Haseef B. Mohd Amin, Arivananthan A/L Rajanderan, Logaraj A/L Patmanaben, Muhammad Luqman Shafiq B. Khairil Akma, Muhammad Khairul Helmi Bin Mohd Nazri, Muhammad Faiq Ieman B. Mohd. Fuat

Bergambar bersama Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara En.Badrul Hisham Yusoff

Pangkat Koperal

Jumaat, 8 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul SK Seri Mutiara

Pada 25 Januari 2013, SK Seri Mutiara telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis ini bermula seawal jam 7.40 pagi dan dimulakan dengan perarakan murid dan guru sekitar kawasan sekolah sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


majlis ini turut diserikan dengan ceramah yang disampaika oleh Ustaz Abdullah bin Omar, dari SK Seri Tanjong, Tanjong Rambutan. Ceramah yang disampaikan telah memberi kesan yang mendalam pada warga SK Seri Mutiara dalam meningkatkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

moga segala yang dilakukan oleh pihak sekolah SK Seri Mutiara terus cemerlang dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t ..amin ya rabb..








Selasa, 5 Februari 2013

Kemenjadian Sekolah dalam Squash 2013







Adik Nervyn Paul a/l Jacob Paul dari 5 Permata telah mengambil bahagian dalam Kejohanan CIMB RISING STARS NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 1st LEG yang berlangsung pada 30 Jan - 3 Feb 2013 di National Squash Court, Bukit Jalil, KL. Dia telah berjaya mengharumkan nama pasukan Squash Perak dan SK Seri Mutiara dengan mendapat tempat ke-4 dalam kategori lelaki bawah 11 tahun. Kemenangan ini terus melayakkan dia mendapat "ranking" Malaysia ke-4 untuk kategori berkenanan.Syabas dan tahniah..
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates