Social Icons

Isnin, 30 Januari 2012

Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?

HARI ini saya ingin menjawab soalan seorang pelajar kepada saya. Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
BACA SETERUSNYA...

Khamis, 26 Januari 2012

Program Motivasi Semarak Impian

        Program Motivasi Semarak Impian telah diadakan pada 13 Januari 2012 sebagai program permulaan membakar semangat kejayaan SKSM. program ini dikhususkan kepada murid tahun 4,5 dan 6 serta kepada ibu bapa mereka juga. Penceramah motivasi terkenal daripada BTPN perak iaitu En. Aziz B. Jamaluddin telah memberikan pelbagai input yang berguna kepada semua yang hadir. diharapkan dengan majlis ini, SKSM terus dapat mencipta keunggulan di tahun 2012.
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates