Social Icons

Selasa, 19 Oktober 2010

Lawatan Sosial Pendidikan Khas ke Batu Gajah

Program Lawatan Sosial ke Batu Gajah
Tarikh: 29 September 2010
Peserta: Murid-murid, guru-guru serta Pembantu Pengurusan Pelajar Pendidikan Khas SK Seri Mutiara.

Lawatan sosial antara Pendidikan Khas sekolah SK Seri Mutiara dengan Pendidikah Khas SK Sultan Yusuf (SKSY) ini telah diadakan bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua sekolah. Lawatan istimewa ini melibatkan pergerakan para peserta dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Antarabandar dari stesen Ipoh ke stesen Batu Gajah. Setibanya di SKSY, tirai dibuka dengan upacara bersalam-salaman dengan murid-murid dari sekolah masing-masing diikuti dengan minum pagi. Acara disambung dengan saingan sukaneka antara wakil kedua-dua sekolah. Program ini diakhiri dengan persembahan murid dan acara pertukaran cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Rombongan lawatan kemudian bergerak ke Kellies' Castle untuk melihat sendiri bangunan tinggalan sejarah ini. Setelah selesai meneroka, rombongan ini bergerak ke Taman Botani bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi ikan-ikan makan. Kemudian, robongan lawatan bertolak pulang ke sekolah.

tekan baca lagi untuk gambar

Jumaat, 15 Oktober 2010

Intipati Bajet 2011

  • Intipati Bajet 2011

  • Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.
  • Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kilauan Mutiara



Lawatan Ke Pulau langkawi

Program lawatan ke Pulau Langkawi
Tarikh : 2 dan 3 Okotber 2010 ( 2H 1 M)
Peserta: Guru dan Kakitangan serta keluarga warga SK Seri Mutiara
Anjuran : Kelab Guru dan Kakitangan sekolah


Kelab Guru dan Kakitangan sekolah melalui ajk aktiviti luar telah berjaya mengajurkan program lawatan ke Pulau langkawi. Pengisian program terdiri daripada 3 dalam satu iaitu Lawatan, Ladap dan Hari Keluarga. Melalui program ini juga dapat mewujudkan semangat berpasukan ke arah mewujudkan SK Seri Mutiara yang lebih bersinar di masa depan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan ke tempat-tempat pelancongan di serata negara.

>>>>> Gambar Program<<<<<<

Sabtu, 2 Oktober 2010

Jamuan Raya dan hari Lahir Guru 2010


Majlis Sambutan Hari raya dan Hari Lahir Guru 2010
Tarikh : 30 September 2010 (khamis)
Masa : 10 pagi- 12.30 Tgh
Tempat : Dewan Terbuka dan kantin SKSM

Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari raya . Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Majlis hari lahir guru juga diraikan secara serentak bagi memberi penghargaan kepada semua warga guru dan kakitangan SK Seri Mutiara. kemuncak program adalah jamuan raya yang dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Selamat Hari Raya dan selamat Hari jadi....semoga terus berjaya selalu....







Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates